Sunday 11 November 2012

Blogging muslim day : Apabila harta dipandang tinggi

Posted by Unknown at 23:23 0 comments

Apabila Harta Dipandang Tinggi Untuk Mencari Kebahagiaan


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَأَعْمَالِكُم

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat pada hatimu dan amalanmu." (Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim)
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ الْغِنَى كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الغِنَى غِنَى النَّفْس

Sabda Rasulullah SAW : "Bukanlah kekayaan itu karena banyak harta, tetapi kekayaan itu adalah kaya hati."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ اَدَمَ: اَلْمَرْأةُ الصَّالِحَةُ وَالْمَسْكَنُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الصَّالِحُ

Sabda Rasulullah SAW : Di antara kebahagiaan anak cucu Adam (manusia) ialah isteri yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik. (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)

Kebahagiaan adalah menjadi impian bagi semua makhluk insan tanpa mengira darjat. Adakah dia seorang raja atau hamba sahaya, adakah dia orang yang tinggal di kota atau di kampung, adakah dia orang kaya atau orang miskin. Tidak ada seorangpun manusia yang menginginkan kesengsaraan atau kecelakaan.

Dimanakah Kebahagiaan Itu?
Sejak dulu lagi telah timbul pertanyaan ini. Kalaulah kebahagiaan itu sesuatu yang sangat berharga, lalu di mana ia boleh didapati? Sungguh banyak manusia yang terkeliru dalam usaha mencarinya. Mereka akhirnya bagaikan pencari mutiara di dasar laut; badan penat, hati hampa, tangan kosong tanpa membawa hasil sedikitpun.

Betulkah Kebahagiaan Itu Ada Pada Harta?
Mereka ingat kononnya kebahagiaan itu terletak pada kekayaankebendaan dankeselesaan hidup. Berapa banyak orang yang kaya raya dan mempunyai harta yang banyak, namun hidup mereka tetap sahaja dalam kegelisahan dan jiwa mereka tidak tenteram. Kalau begitu harta yang banyak bukanlah penjamin  kebahagiaan. Dan ia bukanlah syarat utama untuk mencapai kebahagiaan. Bahkan kadang-kadang justeru karena harta yang banyak boleh membawa seseorang kepada kesengsaraan di dunia sebelum di akhirat.

Ini sebagaimana firman Allah SWT tentang orang Munafiq :


"Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)". (At-Taubah 9:55)

Yang dimaksudkan dengan “azab” dalam ayat di atas adalah kesusahan, gundah, rungsing, sedih, keresahan, sakit dan penderitaan.

Betulkah Kebahagiaan Itu Pada Anak?
Memang benar bahawa anak adalah hiasan hidup di dunia.Kehadiran mereka ke muka bumi sebagai anugerah Allah memang ada yang mendatangkan kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup sepasang suami isteri. Tetapi tidak jarang pula kita dapati dalam kehidupan sehari-hari justeru mereka yang menjadi penyebab ibubapanya akhirnya menderita? Kalau begitu, dengan memiliki anak tidaklah semestinya seseorang akan memperolehi kebahagiaan. Sebagaimana juga sebaliknya, jika tidak mendapat anugerah anak dari Allah itu tidak berarti seseorang itu pasti tidak memperolehi kebahagiaan.

Cara Mencari Kebahagiaan
Manusia berbeza pendapat dalam cara mereka mencari kebahagiaan. Berbagai jalan mereka tempuh untuk memperolehinya. Perbezaan pemahaman mereka dalam hal ini sangat ketara.

Golongan I:
Mereka berpendapat bahawa kebahagiaan yang dicari itu terdapat pada keseronokan yang bersifat kebendaan dan kenikmatan yang zahir.
Maksud : Mereka yang hanya menumpukan perhatiannya pada kelazatan duniawi walaupun melalui cara-cara yang tidak diredhai oleh Allah SWT. Akhlak mereka runtuh. Allah golongkan mereka sebagai golongan yang kafir dan sesat. Allah samakan darjat mereka seperti binatang karana tidak memahami matlamat dan nilai-nilai hidup.

Firman Allah SWT :


"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka." (Muhammad 47:12)

Kebahagiaan justeru dapat diperolehi dengan cara meninggalkan segala kelazatan duniawi dan keluar dari kongkongan fitrah.


Golongan 2 : Yang menjauhkan diri daripada kehidupan dunia. Mereka melihat dunia dengan pandangan yang serba negatif. Mereka seolah-olah ingin keluar daripada fitrah dan realiti.
Maksud : Perjalanan golongan ini seolah-olah memberi kesempatan dan laluan kepada golongan pertama untuk memimpin dunia. Dan bila itu terjadi maka akan hancurlah agama dan musnahlah dunia.

Allah SWT  berfirman :


"Hai irang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (Al-Mai'dah : 87)

Kedua-dua pandangan di atas adalah salah karena ia tidak sesuai dengan matlamat manusia diciptakan oleh Allah di atas muka bumi ini sebagai Khalifah Allah.



Konsep Kebahagiaan Sebenar Menurut Islam
Kalau Islam memandang kedua-dua golongan di atas keliru dalam mereka memahami makna kebahagiaan. Maka Islam memandang manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi bertanggungjawab melaksanakan tugas kekhalifahan tersebut. Insan terdiri daripada roh dan jasad. Dan jasad bukanlah musuh atau penjara bagi roh. Jasad adalah alat bagi roh untuk melaksanakan semua kewajiban tersebut. Dunia ini tempat kita beramal, ia tidak obahnya bagaikan satu medan perjuangan, bukan tempat untuk bersuka-ria tanpa batasan dan bukan pula tenpat menyiksa diri.

Allah berfirman (Al-Mulk 67:2)



"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan memanglah ia sangat berkuasa atas sesuatu"

Ihsan Al-‘Amal (amal yang baik) dan ayat di atas dapat tersimpul dalam hubungan baik manusia dengan Allah melalui akidah dan ibadah, dan hubungan baik manusia dengan sesama mereka melalui akhlak dan budi pekerti yang mulia

Kebahagiaan Terdapat Dalam Diri Insan:
Kalau kebahagiaan bukan terletak pada harta yang banyak, anak, pangkat, dan kebendaan lainnya, maka kalau begitu ia adalah sesuatu yang maknawi (abstrak) tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kebahagiaan yang sebenarnya ialah sesuatu yang muncul dari dalam diri insan karena keimanannya kepada Allah SWT. Tidak seorangpun mampu mencabutnya dari seseorang jika Allah berkehendak memberikan kepadanya.

Kebendaan Yang Wajar Untuk Mencapai Kebahagiaan:
Walaupun kebahagiaan sesuatu yang abstrak (maknawi), ini tidak bermakna kita mesti tinggalkan segala bentuk kebendaan. Bukankah baginda pernah menyatakan bahawa di antara tanda-tanda manusia yang bahagia ialah mereka yang memiliki wanita yang salehah, rumah yang selesa dan kenderaan yang baik?
Yang penting, jangan sampai kebendaan melalaikan kita daripada mengingati Allah.Dan barangkali inilah rahasianya mengapa Allah mendahulukan akhirat daripada dunia

Contohnya seperti Firman Allah SWT ini :



"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Al-Qasas 28:77)

Blogging muslim day : mulut

Posted by Unknown at 23:20 0 comments

Pernah tak fikir ? our words, kelakuan semua tu sometimes tersakitkan hati orang ? did you know. Orang orang di neraka kebanyakkan dosa diorang adalah dosa daripada manusia.. you know what, kalau kita buat dosa dgn Allah S.W.T, mungkin Allah akan memaafkannya.. tapi kalau kita berbuat dosa kepada manusia... mybe orang tu takkan memaafkan kita eventhough kita dah bersujud maaf dengan dia.nak tak nak kita kena terima jelah.sebab tulah jangan suka menyakiti hati seseorang.. padah dibuatnya apabila kita diakhirat nanti.. so akhir cerita , tak payah la nak sakitkan hati orang, bermegah, sombong dengan orang... kita di dunia ni sementara je.. dan lagi satu.. sifat orang yang suka menyakitkan hati orang ni adalah diiktiraf sebagai sifat "orang cakap lepas" I'm just saying.


Mengumpat adalah termasuk dalam sifat-sifat yang dikeji oleh Islam. Mendedahkan keburukan orang lain sama ada dengan secara terang atau tersembunyi adalah ditengah dan dilarang oleh Islam. Ini jkerana perbuatan tersebut bukan saja berdosamalah boleh menimbulkan sifat benci anatar satu sama lain selaian memecahbelahkan perpaduan masyarakat.

Antara ayat-ayat Al-Quran tentang larangan mengumpat adalah : 



"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (An-Nisaa' 4:148)


" Sayangi lah mulut anda daripada bercakap benda yang keji, dan tidak berfaedah.. " passage from mak saya * juariah *

majulah sukan untuk negara ! Assalamualaikum ! salam satu malaysia !

Friday 9 November 2012

ghah

Posted by Unknown at 08:14 0 comments
hi dear bloggeriansss :D neh, long time no check this blog, dah berhabuk da rasanya. ! haa... malam sabtu :D hahah so yea, malam ni ada anugerah 2012 kan ? kat tv3 ? byk tweeterians itew cakap tak best ? betul ka ? neh cheq tak tengok anugerah anugerah ni.. cheq sibuk belajar sains :3
hhahah okay so ya... will wait for other post

whaddupp, assalamualaikum aminsooo :D
 

Am Nazir Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review